Tuesday, August 18, 2015

Gajet..musnahkan hubungan!!

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Jika dahulu kita menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) namun kini kita lebih cenderung menggunakan aplikasi WhatsApp. Malah aplikasi ini juga boleh dibina untuk group dan pelbagai sembang boleh diadakan dalam satu masa. Disebabkan pelbagai perkara boleh dilakukan pada gajet, ada individu yang terlalu asyik dengan gajet sehingga menggugat keharmonian rumah tangga.

Membosankan
Hubungan suami isteri boleh jadi membosankan apabila pasangan terlalu asyik membuang masa pada gajet. Apabila hubungan suami isteri mulai bosan, maka hubungan tersebut akan mudah retak. Sebagai pasangan suami isteri, anda perlu bijak menentukan hala tuju sesebuah perkahwinan. Jangan sampai hubungan telah retak barulah anda mahu memperbaikinya. Elakkan wujud perasaan bosan dengan menjadi pasangan yang tahu tanggungjawab.
 

Kurang Komunikasi
Apabila terlalu asyik menggunakan gajet, maka tidak mustahil sesebuah rumah tangga itu akan menjadi hambar. Di mana wujudnya keharmonian jika anda dan pasangan tidak berkomunikasi antara satu dengan lain? Anda sepatutnya menghadkan penggunaan gajet tatkala di rumah. Jangan terlalu asyik melayan keseronokan segala macam aplikasi di telefon bimbit anda itu. Luangkan masa yang ada bersama keluarga. Berkomunikasilah dengan baik dengan pasangan.
 

Lupa Tanggungjawab
Ketaksuban terhadap teknologi baru menyebabkan ada segelintir ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mendidik sahsiah dan moral anak-anak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Ada surirumah yang terlalu taksub dengan media sosial sehingga lupa menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri seperti memasak, mengemas dan menjaga anak-anak. Begitu juga ayah yang lupa mengambil anak-anakdisekolah atau membeli keperluan harian kerana terlalu leka dengan media sosial seperti tweeter dan facebook.
 

Kurang Masa Bersama
Jika dulu waktu cuti hujung minggu, rumah akan riuh rendah dengan suasana jerit pekik anak-anak yang bermain dan bergurau senda. Kini anak-anak kecil seusia tiga tahun sudah pandai bermain komputer dan lebih suka menyendiri disatu sudut untuk melayan `permainan komputer ’ milik mereka. Bagi yang remaja pula mereka akan leka dengan telefon pintar, headset, keypad smartphone dan media sosial yang boleh menghubungkan mereka dengan rakan seluruh dunia. Mereka tidak kisah terperap dibilik berhari-hari asalkan mereka dilengkapi dengan gadget terkini yang membolehkan mereka berinteraksi dan melayan kemahuan mereka melihat pelbagai video dan mengakses informasi dihujung jari mereka.

 
Leka
Penggunaan gajet memang boleh melekakan. Apatah lagi segala aplikasi boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam perhubungan suami isteri, anda sepatutnya lebih bijak membahagikan masa. Jangan sesekali mengabaikan mereka kerana menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga adalah tanggungjawab utama.
 
 
 
 
 
 
regards
#hadapidengansenyuman

No comments:

Post a Comment

POPULAR POSTS