Monday, August 24, 2015

BERPINDAH RUMAH..MUDAH JIKA DIRANCANG

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Tentu ramai y mengalami saat berpindah rumah, termasuk lah aku..x kira pindah ke rumah jenis teres, kondominium mewah, apartment mahupun flat kos rendah y nyata pengalamanya tetap sama.
 
Sama ada rumah y bakal diduduki adalah milik sendiri atau sekadar sewa, penat ketika berpindah x dpt dibayangkan. Drp brg sebesar peti sejuk, alamari, set katil hinggalah sekecil pinggan mangkuk dan perhiasan  rumah perlu dijaga supaya tidak mudah rosak.
 
Pengalaman berpindah bagi sesetengah org tentu suatu y ckup memeritkan. Apa tidaknya kerana terpaksa mengangkat brg berulang kali, apatah lagi jika menetap di kediaman apartment y tiada kemudahan lif (mcm umh aku skrg).
 
Perubahan gaya hidup sesorang byk bergantung kpd jnis kediaman y dipilih mereka. Mungkin bagi si bujang, rumah flat, apartment dan kondominium lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan praktikal untuk didiami. Tambahan di bandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin meningkat naik sekali gus membataskan pilihan untuk memilih kediaman y selesa pada harga lebih murah.
 
Bagi mereka y masih bujang, kediaman sebegini (apartment) paling sesuai, ditambah lagi dgn khidmat pengawal keselamatan 24 jam utk menjamin keselamatan dan keselesaan. Namun y berkeluarga juga masih memilih apartment sebagai rumah sendiri selepas 5 tahun menyewa kediaman jenis kondominium kerana mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat.

Bagaimanapun, jika diberi peluang, pasti ramai y ingin menetap di rumah teres terutama bagi y sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak y ramai kerana mempunyai laman utk anak2 bermain (termasuk aku even xde anak lagi).

Faktor keselesaan dan kawasan persekitaran y lebih selesa menjadikan kediaman teres menjadi pilihan paling sesuai utk membesarkan ank2. Berpindah bukan semudah menukar pakaian kerana perlu mengambil kira segala bab drp A hinggalah Z. Bermula dgn mencari lokasi, kedudukan kewangan, kemudahan lori, kotak hinggalah perjanjian sewa/beli.

Lihat saja di halaman iklan di akhbar mahupun tiang lampu tepi jln, begitu byk iklan  memberi pilihan utk membeli dan menyewa rumah, siap dgn harga sekali ! Bila menyewa pula trend semasa hari ini mensyaratkan "undang-undang" 2+1. Bagi mereka y biasa menyewa tentu tahu istilah berkenaan iaitu perlu menyediakan deposit 2 bulan atau sebulan utk pembayaran sewa penginapan bulan pertama. Itu tidak termasuk dgn caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyelenggaraan dan caj awal tempat kereta. Justeru jika sesiapa y teringin berpindah, berfikirlah dulu, terutama mereka y mempunyai byk barang atau ada anak ramai. Tapi jika perlu terpaksalah berpindah.

Jika anda menyewa, penting memahami perjanjian sewa kediaman, tambahan pula jika pemiliknya cerewet y meletakkan pelbagai syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan kerjaya serta pelbagai syarat hingga menyukarkan segelintir masyarat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang utk menyewa. Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri y mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Ternyata menjadi tuan rumah tidah semudah menyerahkan kunci kpd penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa y pembersih, menjaga harta benda dgn baik tetapi ternyta x semua penyewa sebegitu.

Justeru, penting setipa urusan menyewakan rumah ini dilengkapi dokumen seperti surat perjanjian utk kebaikan kedua-dua belah pihak.






Regards
#hadapidengansenyuman

No comments:

Post a Comment

POPULAR POSTS