Bismillahirahmanirrahim..
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
Assalamualaikum to all readersss...
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
Assalamualaikum to all readersss...
Bulan Rejab datang lagi....pejam celik dah bulan Rejab..Syukur alhamdulilah dapat kita merasa lagi kehadiran bulan rejab...Kebiasaannya pada bulan rejab kita akan berpuasa sunat ..kalau nak
hari2 pun boleh juga...tapi biasanya puasa sunat isnin khamis.
Tarikh rasmi 1 Rejab 1436H pada 20 April 2015 di Malaysia. Masuknya
bulan Rejab menandakan umat Islam di negara ini akan menyambut ketibaan
Ramadhan atau bulan puasa dalam masa dua bulan lagi selepas bulan
Syaaban. Menurut firman Allah SWT, Rejab adalah bulan yang agung dan
mulia atau lebih dikenali sebagai bulan Haram. Antara keistimewaan utama
pada bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj pada 27
Rejab.
Banyak sekali manfaat dan keistimewaan yang diperoleh apabila kita menunaikan puasa:-
- Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berpuasa pada bulan Rejab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu syurga.
- Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rejab, Allah mencatatnya sebagaimana orang yang puasa selama 60 bulan.”
- Puasa 7 hari pada bulan Rejab akan menutup pintu neraka baginya.
- Puasa 8 hari pada bulan Rejab akan membuka 8 pintu syurga untuknya.
- Puasa 10 hari pada bulan Rejab maka akan menghapus dosa-dosanya dan diganti dengan kebaikan.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:-
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
- Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
nak puasa tapi baby tengah lapa, tengah nak makan skung..... :-)
ReplyDeleteSemoga kita semua mendapat keberkatan bulan Rejab. Amin
its ok..ang dikecualikan sbb sdg berjihad.. bestnyaaa..
ReplyDeleteSekejap je dah bulan rejab kan :')
ReplyDeletekan..xlama nk puasa..pastu raya..tup..tup dah taon depan...
ReplyDelete