KLIK-KLIK

Wednesday, May 8, 2013

SELOKA dsk 4b 09/10


Assalamualaikum pembuka bicara,
Julung kali kita bersua,
Tujuan hamba untuk berseloka,
Student DSK 4B/Jun 2010 menjadi mangsa.

Dimulakan cerita dengan bonda tercinta,
Tiada leka nasihat berguna,
Itulah PUAN ROSILAWATI diberi nama,
Lecterur dedikasi penuh ceria.

DAYAH a.k.a Comot head girl kami,
Orangnya cantik manis sekali,
Kerja sentiasa tip top sangat digemari,
Itulah buat dirinya disanjungi.

Kasut dipakai sentiasa tinggi,
Pakai flat jarang sekali,
Itulah dia si cantik AINI,
Pembantu kepada head girl kami.

Dalam kelas senyap sahaja,
Suka tersenyum bila disapa,
AYUNI sangat pemalu orangnya,
Tapi bab belajar dialah juara.

Menyanyi dan menari hobi EBI,
Menjadi penghibur dikala sunyi,
Bila bertudung suka bersanggul tinggi,
Teringin menjadi penyanyi suatu hari nanti.

Orangnya baik bersopan santun,
Berbudi bahasa pekerti mulia,
Siapa melihat psti terpegun,
Itulah dia RAWAIDA yang selalu diintai semua.

Namanya AMALINA bukannya penyanyi,
Suka memberi pendapat bernas sekali,
Mengedit gambar sangat digemari,
Bila ditanya dikatanya hobi.

Menjalankn tugas penuh amanah,
Kesana kemari mengalahkan ceti,
Itulah si LIYA menyewa di Beserah,
Memaki cermin mata penambah seri.

Jika kelas sunyi dan sepi,
Itu tandanya kelas tanpa AZIE,
Orangnya suka menghiburkan hati,
Tapi sayang hatinya telah dimiliki.

Cermin mata pelengkap diri,
Orangnya tingi suka pula berkasut dua inci,
Sifat berhidung tinggi tiada dalam diri,
Siapa lagi orangnya kalau bukan si ZETTY.

Payung ditangan sentiasa dibawa,
Dah macam gaya ceti pun ada,
Sangatlah petah bila berbicara,
Itulah dia WAN SARAH kita,

Dari SPK kepada Dip. Setiausaha,
Itulah ADAH punya cerita,
Sekali menjeling semua tergoda,
Tapi sayang sudah berpunya.

Budk baik sopan sekali,
Bila bercakap selalu merendah diri,
4 flat ingin dikecapi,
Itulah AIDA empuny diri.

Bab belajar tak pernah ketinggalan,
Kadang kecoh kdang sepi,
ZIRA diberi nama gelaran,
Satu-satunya atlet kelas kami.

Nak dikatakan kaya tidaklah juga,
Tetapi duitnya sentiasa ada,
Sombong dan kedekut bukan dirinya,
Itulah ROHANA ENA nama facebooknya.

Datangnya jauh dari Ipoh,
Ingin belajar bersungguh-sungguh,
Pelbgai halangan berjaya ditempuh,
Siapa lagi kalau IJA tidak suka kepoh.

Orangya sihat lagi berisi,
Selalu Parkinson dalam kelas typing,
Suka makan telah berjaya menguasai diri,
Tapi impian ingin punya badan yang langsing.

Orangnya tinggi lampai sekali,
Sukan lasak sangatlah dia ghairah,
Askar wataniah turut disertai,
Itulah cik ENNY KAIZAH.

Bercermin pelengkap gaya,
Jarang sekali kedengaran suaranya,
Ingin berjaya itu matlamatnya,
Namanya AZWA, semanis tuannya.

Otaknya cerdik lagi bergeliga,
Senyuman tak lekang dibibirnya,
Perempuan melayu terakhir digelarinya,
Itulah DIBA empunya nama,

Orangnya cantik lagi berseri,
Dapat memikt setiap lelaki,
Bila marah nampk cool sekali,
Itulh LINA empunya diri.

Berbju korporat kemas sekali,
Disemat pula kerongsang disebelah kiri,
Orangnya cantik lagi bijak bestari,
Itulah AWANIS nama diberi.

Duduk berseorangan itulah hobi,
Lebih suka buat hal sendiri,
Tekun sekali bila studi,
Nama YANA itu yang pasti.

ERIN anaknya Pak Cik Rosdi,
Sangatlah tekun mengadap lappy,
Bila senyum manis sekali,
Asyik termenung teringatkan buah hati.

Kecil molek sahaja orangnya,
Bertudung kemas mengikut syariat,
NOR AISYAHTON nama penuhnya,
Best student itulah matlmat.

Nana Klate nama diberi,
Gemar berjalan kesana kesini,
Tersenyum lebar bila dipuji,
Datang kuliah sentiasa ditepati.

FAZLINA HANOM nama diberi,
Orang cantik lagi berseri-seri,
Bila senyum tak nampak gigi,
Ingin berjaya sentiasa tersemat dihati.

Suka bercakap bahasa orang putih,
Bila tak faham terus bertanya,
Masuk pertandingan sentiasa dipilih,
Siapa lagi kalau bukan HAWA namanya.

Berbaju kurung cantik menawan,
Dilengkap pula beg sandang disisi,
Orangnya baik tidak terlawan,
Itulah RINI nama gelaran diberi.

SHA orangnya sungguh bergaya,
Mampu memikat hati jejaka,
Ditambah pula otaknya yang bergeliga,
Hanya setia pada suami yang tercinta.

Tudung dan baju sentiasa sepadan,
Duduk dibelakang menjadi pilihan,
Tapi bab belajar tak pernah ketinggalan,
Itulah orangnya si INTAN.

Orangnya kecoh peramah sekali,
NOR LAILI BIBI nama diberi,
Walaupun tidak sempat grad sekali,
Semoga cepat sembuh dipohon dari ILLAHI.

Pantang didengar jumaat / isnin hari cuti,
Pelbagai idea akan dikerah akan dicari,
Untuk memujuk lecturer adakan kelas ganti,
Agar dapat pulang kekampung yang dirindui.

Head girl kami sporting orangnya,
Sentiasa sibuk sepanjang masa,
Bila tidak suka suatu perkara,
Habis semua diajak bersubahat sama.

Ikatan perkenalan sepanjang zaman,
Tak kira bagaimana ia bermula,
Kalau ada hodoh dan kesempatan,
Berjumpa lagi di lain masa.

Selesailah sudah seloka kami,
DSK 4B/Jun 2010 mengundur diri,
Salh dan silap pohon diampuni
Sekadar untuk menghiburkan hati.


**seloka ini sekadar untuk hiburan semata, tidak berniat untuk mengata kepada sesiapa.. minta ampun dan maaf jika ada yang terasa... (COPYPASTE)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...