Thursday, August 27, 2015

KEGUGURAN RAMBUT??

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Botak nampak maco atau tanda sesorg menghadapi mslh keguguran dan rambut x sihat?? Apa pun alasan y nyata keguguran rambut boleh mengakibatkan botak..Terdpt beberapa jenis keguguran rambut upernyeee..
 
 
1) ANDROGENETIK ALOPESIA (BOTAK)
  • Masalah botak ini berlaku pada lelaki. Rawatan doc amat diperlukn. Ia disebabkan kombinasi 3 faktor iaitu testosteron (hormon lelaki), usia dan faktor genetik.
 
2) ALOPESIA AREATA (TOMPOK BOTAK)
  • Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya.
 
3) TELOGEN EFFLUVIUM (KEGUGURAN BIASA)
  • Masalah ini boleh brlaku antara 2 hingga 4 bulan slps proses kelahiran, demam panas, penyakit, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang.
 
PUNCA KEGUGURAN 
  • Melahirkan anak.
  • Penyakit tiroid.
  • Deman, selesema serius.
  • Protein y x seimbang dlm pemakanan.
  • Amalan diet y x seimbang dgn x memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Pengambilan ubat.
  • Hormon.
  • Penggunaan produk.
  • Genetik.
  • Tabiat suka menarik rambut.
 
 


regards
#hadapidengansenyuman

Monday, August 24, 2015

PARUT...JOM HILANGKAN..

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Parut ialah tanda yang ditinggalkan pada kulit selepas luka, kesan melecur atau bahagian tisu yang tercedera mula sembuh. Oleh kerana tisu yang dijanakan ini tidak tumbuh sejajar dengan tisu lama, kulit yang baharu akan tampak lebih gelap berbanding kawasan sekitarnya. Usaha untuk memulihkan parut dan mengembalikan kesempurnaan kulit adalah berkait rapat dengan penjanaan tisu baharu dan kelancaran pengaliran darah.
 
Benda paling dibenci adalah parut jerawat ! sebab?? yela, susah nk ilang kot. The best way tuk ilang kan parut tu, kita cuba rawat, sebab itu wujudnya produk HIRUSCAR POST ACNE ni..
 
 

 
Apa itu Hiruscar Post Acne ??

Hiruscar Post Acne ialah gel jernih bersifat 100% antibakteria yang dirumus khas untuk penyerapan cepat dan mudah. Formula 3-dalam-1 yang unik bertindak secara sinergistik untuk memulihkan parut jerawat, mencerahkan cela hitam dan mencegah pembentukan parut jerawat kekal yang baharu. Ia juga menyembuhkan luka secara semula jadi dan pada masa yang sama memudarkan tompok-tompok hitam dan/atau cela keperangan pada kulit. Untuk melihat hasil terbaik, rawatan hendaklah diteruskan selama 2 minggu hingga 2 bulan, 2 hingga 3 kali penggunaan setiap hari. Tempoh rawatan juga mungkin berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan luka jerawat. 
 
Apakah peranan Hiruscar Post Acne?
  • Untuk mencerahkan tompok-tompok hitam dan/atau meredakan kemerahan akibat keradangan selepas jerawat sembuh.
  • Untuk memulihkan parut jerawat yang dalam.
  • Untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat berulang
Formula 3-dalam-1 bertindak secara sinergistik untuk meratakan dan melicinkan kulit serta memulihkan semua jenis parut jerawat. 
 
 
Hiruscar Post Acne

 

 
Bilakah perlu digunakan?
 
Gunakan Hiruscar Post Acne untuk merawat cela-cela kulit disebabkan parut jerawat, tompok-tompok hitam dan keradangan jerawat. Ia juga sangat bermanfaat bagi menghindari pertumbuhan jerawat baru. Hiruscar Post Acne dirumus khas untuk kegunaan harian dan disyorkan hanya untuk aplikasi selepas jerawat pulih. Jangan sapu pada sebarang luka terbuka.
 
Bagaimanakah syor penggunaan Hiruscar Post Acne?
 
Sapu Hiruscar Post Acne dengan lembut pada bahagian terbabit sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sehari. Dengan ciri penyerapannya yang baik, Hiruscar Post Acne boleh digunakan bersama solekan dan menjadi sebahagian daripada rutin harian rawatan kulit anda. Dengan penggunaan yang berterusan sebagaimana disyorkan, parut jerawat lazimnya akan mulai pudar dalam masa 4 minggu*. 
 
  • Rawatan berterusan selama 4 minggu adalah disyorkan untuk tompok-tompok hitam dan merah.
  • Rawatan berterusan melebihi 4-8 minggu adalah disyorkan untuk parut jerawat yang dalam.
  • Untuk mencegah jerawat daripada membentuk parut, sapu Hiruscar Post Acne secara berterusan selama 4 minggu sebaik sahaja keradangan jerawat mulai pulih.
  • Rawatan berterusan juga boleh mengelakkan pertumbuhan jerawat berulang.
 
***Kajian klinikal yang dijalankan ke atas 21 subjek (Feb 2010) oleh Dermscan, Perancis.
 
 
Buktikan keberkesanan formula 3-dalam-1 Hiruscar Post Acne
 
Keberkesanan yang Terbukti*
  1. Untuk mencerahkan tompok-tompok hitam dan/atau meredakan kemerahan akibat keradangan selepas jerawat sembuh.
  2. Untuk memulihkan parut jerawat yang dalam.
  3. Untuk menjaga kulit terdedah jerawat sihat.
 
Medinova, sebuah syarikat ternama dari Switzerland yang mengkhusus dalam bidang rawatan kulit dan parut jerawat, telah berjaya mengembangkan sejenis produk inovatif yang bukan sahaja berkesan untuk memulihkan parut yang dalam akibat jerawat, malah ia juga bermanfaat untuk memudarkan tompok-tompok hitam dan/atau merah. Formula revolusioner ini menggandingkan tiga bahan berkeberkesanan tinggi yang bertindak harmoni untuk memudarkan parut, melicinkan kulit dan mencegah pertumbuhan jerawat berulang. Tambahan lagi, gel jernih yang cepat diserap, tidak berminyak dan berbau harum ini juga amat mudah untuk digunakan.
 
 
MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate)
MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate)Mempercepatkan penghasilan asid hyaluronik bagi meningkatkan keupayaan sel-sel kulit untuk mengekalkan lembapan. Hasilnya, parut menjadi semakin pudar manakala pengaliran oksigen dan nutrien di dalam lapisan epidermis kulit menjadi semakin lancar. 
 
 
Allium Cepa
Allium CepaMembantu mencegah pengumpulan tisu berlebihan. Ia juga mengecilkan saiz parut, meredakan ruam merah dan mengurangkan kesan hitam pada kulit. 
 
 
 
Pionin
PioninIa adalah sejenis agen antibakteria yang dapat membantu mengurangkan risiko pertumbuhan jerawat baru dan berulang.
Ia juga mengandungi bahan-bahan lain yang berkesan untuk merawat parut dan memperbaiki keadaan kulit seperti Niacinamide atau Vitamin B3 bagi merencatkan melanin dan mengurangkan cela kulit, serta Allantoin bagi melegakan kegatalan, mempercepatkan proses penjanaan semula sel-sel kulit dan meningkatkan tahap lembapan kulit. 
 

JAMINAN KESELAMATAN

  • Pelbagai kajian telah dijalankan dengan kerjasama beberapa institusi Eropah seperti Dermscan (Perancis). Ia melibatkan lebih 250 subjek yang berbeza daripada aspek usia, jantina dan jenis kulit. Keputusan kajian menunjukkan kadar kejayaan 100% dalam semua kes.Hiruscar ialah 100% hipoalergenik dan selamat untuk digunakan oleh orang dewasa berusia 18    tahun dan ke atas. 
  • Tidak mengandungi alkohol. 
 
 
Jika sape2 y nak cuba Hiruscar nie boleh dapatkan dgn harga RM12 sajeee...tapii uolls kene download voucher ni dulu dkt web ----> HIRUSCAR

Facebook page Hiruscar skrg ni juga ada menjlnkan contest selfie. Senang je cara dia ambik gambar selfie dgn Hiruscar Post Acne ni pastu post dkt FB dorang dan uolls berpeluang menang hadiah tunai mingguan, y mane berminat boleh la layari----> facebook page hiruscar untuk maklumat lanjut.

 
 
 
 
regards
#hadapidengansenyuman

TEKNIK MENABUNG

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Menyimpan adalah perkara paling asas dlm meningkatkan sumber pendapatan dgn sebahagian simpanan dilaburkan melalui pelbagai instrumen sama ada unit amanah, saham atau di bank bagi mndptkan pulangan dividen.

Boleh dikatakan sejak sekolah rendah lgi, rakyat Malaysia sudah dididik mengenai kepentingan menyimpan, namun ia belum menjadi budaya walaupun sudah dewasa dan bekerja (termasuklah aku..simpan..simpan..guna balik..)



TEKNIK MENABUNG
 

1) Teknik Menabung Khas.
  • Tabung boleh dalam bentuk sampul surat/tin kosong.
  • Setiap tabung dilabel utk kegunaan tertentu seperti kecemasan, simpanan, pelancongan, apa shj y penting.
  • Asingkan sekurang-kurangnya 10% drp gaji bulanan, simpan dlm tabung khas.
  • Selepas cukup setahun, masukkan simpanan ke akaun simpanan di bank/unit amanah. 
 
2) Teknik Sayang Hijau.
  • Menyimpan semua wang kertas RM5, iaitu baki bayaran selepas berbelanja di kedai ke dalam 1 bekas y sukar dibuka. Apabila bekas itu penuh simpan semua RM5 y dikumpul ke akaun simpanan dibank/unit amanah.
 
3) Teknik Cukai RM1.
  • Semua wang RM1 dimasukkan ke dlm tabung. APabila tabung penuh, masukkan semua RM1 y dikumpul ke akaun simpanan di bank/unit amanah.
 

Insyaallah lepas ni nak buat sama2 dgn husben.. (*_*)
 




Regards
#hadapidengansenyuman

BERPINDAH RUMAH..MUDAH JIKA DIRANCANG

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Tentu ramai y mengalami saat berpindah rumah, termasuk lah aku..x kira pindah ke rumah jenis teres, kondominium mewah, apartment mahupun flat kos rendah y nyata pengalamanya tetap sama.
 
Sama ada rumah y bakal diduduki adalah milik sendiri atau sekadar sewa, penat ketika berpindah x dpt dibayangkan. Drp brg sebesar peti sejuk, alamari, set katil hinggalah sekecil pinggan mangkuk dan perhiasan  rumah perlu dijaga supaya tidak mudah rosak.
 
Pengalaman berpindah bagi sesetengah org tentu suatu y ckup memeritkan. Apa tidaknya kerana terpaksa mengangkat brg berulang kali, apatah lagi jika menetap di kediaman apartment y tiada kemudahan lif (mcm umh aku skrg).
 
Perubahan gaya hidup sesorang byk bergantung kpd jnis kediaman y dipilih mereka. Mungkin bagi si bujang, rumah flat, apartment dan kondominium lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan praktikal untuk didiami. Tambahan di bandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin meningkat naik sekali gus membataskan pilihan untuk memilih kediaman y selesa pada harga lebih murah.
 
Bagi mereka y masih bujang, kediaman sebegini (apartment) paling sesuai, ditambah lagi dgn khidmat pengawal keselamatan 24 jam utk menjamin keselamatan dan keselesaan. Namun y berkeluarga juga masih memilih apartment sebagai rumah sendiri selepas 5 tahun menyewa kediaman jenis kondominium kerana mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat.

Bagaimanapun, jika diberi peluang, pasti ramai y ingin menetap di rumah teres terutama bagi y sudah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak y ramai kerana mempunyai laman utk anak2 bermain (termasuk aku even xde anak lagi).

Faktor keselesaan dan kawasan persekitaran y lebih selesa menjadikan kediaman teres menjadi pilihan paling sesuai utk membesarkan ank2. Berpindah bukan semudah menukar pakaian kerana perlu mengambil kira segala bab drp A hinggalah Z. Bermula dgn mencari lokasi, kedudukan kewangan, kemudahan lori, kotak hinggalah perjanjian sewa/beli.

Lihat saja di halaman iklan di akhbar mahupun tiang lampu tepi jln, begitu byk iklan  memberi pilihan utk membeli dan menyewa rumah, siap dgn harga sekali ! Bila menyewa pula trend semasa hari ini mensyaratkan "undang-undang" 2+1. Bagi mereka y biasa menyewa tentu tahu istilah berkenaan iaitu perlu menyediakan deposit 2 bulan atau sebulan utk pembayaran sewa penginapan bulan pertama. Itu tidak termasuk dgn caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyelenggaraan dan caj awal tempat kereta. Justeru jika sesiapa y teringin berpindah, berfikirlah dulu, terutama mereka y mempunyai byk barang atau ada anak ramai. Tapi jika perlu terpaksalah berpindah.

Jika anda menyewa, penting memahami perjanjian sewa kediaman, tambahan pula jika pemiliknya cerewet y meletakkan pelbagai syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan kerjaya serta pelbagai syarat hingga menyukarkan segelintir masyarat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang utk menyewa. Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri y mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Ternyata menjadi tuan rumah tidah semudah menyerahkan kunci kpd penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa y pembersih, menjaga harta benda dgn baik tetapi ternyta x semua penyewa sebegitu.

Justeru, penting setipa urusan menyewakan rumah ini dilengkapi dokumen seperti surat perjanjian utk kebaikan kedua-dua belah pihak.






Regards
#hadapidengansenyuman

Tuesday, August 18, 2015

Gajet..musnahkan hubungan!!

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..
 
Jika dahulu kita menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) namun kini kita lebih cenderung menggunakan aplikasi WhatsApp. Malah aplikasi ini juga boleh dibina untuk group dan pelbagai sembang boleh diadakan dalam satu masa. Disebabkan pelbagai perkara boleh dilakukan pada gajet, ada individu yang terlalu asyik dengan gajet sehingga menggugat keharmonian rumah tangga.

Membosankan
Hubungan suami isteri boleh jadi membosankan apabila pasangan terlalu asyik membuang masa pada gajet. Apabila hubungan suami isteri mulai bosan, maka hubungan tersebut akan mudah retak. Sebagai pasangan suami isteri, anda perlu bijak menentukan hala tuju sesebuah perkahwinan. Jangan sampai hubungan telah retak barulah anda mahu memperbaikinya. Elakkan wujud perasaan bosan dengan menjadi pasangan yang tahu tanggungjawab.
 

Kurang Komunikasi
Apabila terlalu asyik menggunakan gajet, maka tidak mustahil sesebuah rumah tangga itu akan menjadi hambar. Di mana wujudnya keharmonian jika anda dan pasangan tidak berkomunikasi antara satu dengan lain? Anda sepatutnya menghadkan penggunaan gajet tatkala di rumah. Jangan terlalu asyik melayan keseronokan segala macam aplikasi di telefon bimbit anda itu. Luangkan masa yang ada bersama keluarga. Berkomunikasilah dengan baik dengan pasangan.
 

Lupa Tanggungjawab
Ketaksuban terhadap teknologi baru menyebabkan ada segelintir ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mendidik sahsiah dan moral anak-anak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Ada surirumah yang terlalu taksub dengan media sosial sehingga lupa menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri seperti memasak, mengemas dan menjaga anak-anak. Begitu juga ayah yang lupa mengambil anak-anakdisekolah atau membeli keperluan harian kerana terlalu leka dengan media sosial seperti tweeter dan facebook.
 

Kurang Masa Bersama
Jika dulu waktu cuti hujung minggu, rumah akan riuh rendah dengan suasana jerit pekik anak-anak yang bermain dan bergurau senda. Kini anak-anak kecil seusia tiga tahun sudah pandai bermain komputer dan lebih suka menyendiri disatu sudut untuk melayan `permainan komputer ’ milik mereka. Bagi yang remaja pula mereka akan leka dengan telefon pintar, headset, keypad smartphone dan media sosial yang boleh menghubungkan mereka dengan rakan seluruh dunia. Mereka tidak kisah terperap dibilik berhari-hari asalkan mereka dilengkapi dengan gadget terkini yang membolehkan mereka berinteraksi dan melayan kemahuan mereka melihat pelbagai video dan mengakses informasi dihujung jari mereka.

 
Leka
Penggunaan gajet memang boleh melekakan. Apatah lagi segala aplikasi boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam perhubungan suami isteri, anda sepatutnya lebih bijak membahagikan masa. Jangan sesekali mengabaikan mereka kerana menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga adalah tanggungjawab utama.
 
 
 
 
 
 
regards
#hadapidengansenyuman

Monday, August 17, 2015

PERGI PAGI PULANG PAGI

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful...
Assalamualaikum to all readersss..

Syawal pom dah berlalu semoga jumpa lagi tahun depan.. 

Hari ni jiwa kacau..jiwa kacau..hahaha..penangan bila tiap2 malam husben duk bukak youtube dengar kuat2 lagu ni..tambh parah bila aku datang opis pasang jugak lagu ni..hihii..tangkap leleh..hahaha..

Tapiii ada 1 y buat hati aku tersentuh sal lagu ni, sbb lagu nilah penguat time husben aku duk offshore, while dia dgr lagu ni aku thu dia rindu nk klaut balik..aku thu hati dia emg nak sgt pegi sana, namun husben aku ni pelik, kdg2 xphm ap y ada dalam hati dia tu, walhal aku siap ckp law awk nak pegi laut pegi la,,sy ok kita PJJ..hihii (dlm hati xnakk !!)lagi pelik bila dia ckp kt kwn2 dia aku xbagi pegi sbb baru kawen..sje la tu nak guna aku sbgai alasan..papepom aku hormat keputusan dia, sbb aku tahu DIA sayanggg aku...muaahhhh berkali2..hihihi





**husben suka sgt tengokkk...rindu katernyaaa..


Aku sayang padamu 
Aku cinta padamu 
Semua kan ku lakukan 
Demi kebahagiaanmu
Tak pernah ku keluhkan 
Walau rintangan menghadang 
Panas hujan begini makanan sehari-hari
Ku rela pergi pagi pulang pagi
Hanya untuk mengais rezeki
Doakan saja aku pergi 
Semoga pulang dompetku terisi
Kamu tak perlu resah
Aku sedang berusaha 
Demi kebahagiaan 
Kamu yang aku sayangi
Tak pernah ku keluhkan
Walau rintangan menghadang
Panas hujan begini makanan sehari-hari
Ku rela pergi pagi pulang pagi 
Hanya untuk mengais rezeki 
Doakan saja aku pergi 
Semoga pulang dompetku terisi
Aku rela ditinggal pergi pagi pulang pagi 
Karena kamu mencari rezeki
Kau doakan saja aku pergi 
Semoga pulang dompetku terisi
Aku rela pergi pagi pulang pagi 
Hanya untuk mengais rezeki 
Kau doakan saja aku pergi 
Semoga pulang dompetku terisi
Semoga pulang dompetku terisi
Dan semoga kau tak ngambek lagi



regards
#hadapidengansenyuman

POPULAR POSTS